A- A A+

Pekerja Contoh Jun 2019

 

1)

sahidan

Nama  Sahidan bin Hanapiah
Bahagian / Cawangan : Bahagian Litigasi dan Nasihat Syariah Ibu Pejabat JBG
Jawatan / Gred : Pembantu Syariah / LS19

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan amat teliti di dalam urusan kerja. Beliau sentiasa memastikan penyediaan laporan bagi statistik bulanan dan pendaftaran fail kes dibuat dalam tempoh kurang 2 hari mengikut KPI yang telah ditetapkan. Beliau juga aktif dan diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Agama dalam Kelab Sukan Dan Kebajikan BHEUU, Pembaca Doa di BHEUU dan AJK Sukan Kelab Kebara JBG

     

 

2)

maimun

Nama  Maimun binti Mat Jan
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Taiping
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir P/O N19

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan sentiasa menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dan rakan sekerja. Sebagai seorang yang sentiasa menepati masa, beliau sentiasa memastikan semua laporan yang dipertanggungjawabkan direkodkan dan dilaksanakan mengikut KPI yang ditetapkan. Beliau juga aktif dan telah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Jawantankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Persekutuan Taiping dan Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan Taiping. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Keselamatan dan Isu-Isu semasa serta Program Rantaian Intergriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Majlis Perbandaran Taiping.

     

 

Pekerja Contoh Julai 2019

 

1)

asma

Nama  Asmaulfajriah binti Ali @ Mat Ali
Bahagian / Cawangan : Bahagian Peguam Panel dan Pendamping Guaman Ibu Pejabat JBG
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang-Undang, L38

Pencapaian

:

Beliau sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa menyumbangkan idea baru dalam melaksanakan tugasan harian. Beliau berjaya menjawab sebarang maklumbalas dalam tempoh kurang 7 hari seperti yang telah ditetapkan. Beliau juga berjaya menyiapkan laporan Jawatankuasa Kerja Plan Strategik JBG dengan penuh tanggungjawab bagi pembentangan di dalam Mesyuarat Pengarah Negeri 2/2019. Beliau juga turut aktif menyumbangkan tenaga dengan menglibatkan diri dalam program – program anjuran jabatan luar.

     

 

2)

azrul

Nama  Azrul Aminul Rashid bin Mohd Ali
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Tadbir N29

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang pegawai yang berdisiplin dan berintegriti tinggi dan sentiasa tegas dalam menjalankan arahan yang diberikan. Pencapaian beliau adalah berjaya melupuskan sebanyak 881 fail kes mengikut prosedur dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia serta sentiasa memastikan semua tugasan yang diberikan mencapai KPI yang ditetapkan. Beliau juga aktif dalam memberikan sumbangan tenaga di dalam semua program JBG WPKL dan program luar jabatan.

     

 

Pekerja Contoh Ogos 2019

 

1)

noor azizah

Nama  Noor Azizah binti Salih
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan)

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan tugasan yang diamanahkan kepadanya. Pegawai akan sentiasa memastikan KPI bulanan Unit Kew dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan tercapai pada setiap bulan. Beliau juga seorang yang komited dan sentiasa menjadi sumber rujukan rakan sekerja.

     

 

2)

shawal

Nama  Shawal bin Dahalan
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan
Jawatan / Gred : Pembantu Operasi N11/14

Pencapaian

:

Beliau ini merupakan seorang yang ringan tulang dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas serta patuh kepada arahan yang diamanahkan. Beliau akan memastikan tugasan yang diberikan mencapai KPI yang telah ditetapkan. Antaranya beliau dapat menyelesaikan melebihi penghantaran 100 unit surat dan mengklasifikasi fail-fail mengikut kes sebanyak 20 fail pada bulan Ogos. Beliau juga aktif dalam sumbangan luar seperti Ahli RELA Kg Kuala Serdang dan Ahli Kelab Badminton Kg Kuala Serdang, Negeri Sembilan

     

 

Pekerja Contoh Oktober 2019

 

1)

marina okt

Nama  Marina binti Abdul Rahman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pegawai Undang-Undang Gred L44(M)

Pencapaian

:

Pegawai merupakan seorang yang cekap, proaktif dan bijak dalam melaksanakan tugasan sehariannya. Beliau bertanggungjawab dalam mengendalikan khidmat nasihat undang-undang, menyediakan laporan KPI, statistik pendaftaran dan penyelesaian bagi tuntutan kos kes-kes syariah di seluruh Malaysia. Beliau aktif dalam aktiviti sumbangan luar seperti menjadi Setiausaha Jawatankuasa Naziran JBG dan Ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif JBG-MAIWP sehingga berjaya mendapat tempat Ketiga Kategori Hybrid dalam Anugerah Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPM 2019. Beliau akan sentiasa memastikan pelanggan berpuashati dengan khidmat nasihat yang diberikan serta berjaya menyelesaikan kes-kes di MRS Kuala Pilahdapat diselesaikan sebelum Disember 2019. Sikap yang sanggup menerima cabaran dalam tugasan yang diberikan dapat dijadikan contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

     

 

2)

ardia okt

Nama  Ardia Farizan binti Ab Talib
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) N22

Pencapaian

:

Pegawai merupakan seorang yang berfikiran kreatif, inovatif serta sering mencetuskan idea-idea yang bernas untuk diaplikasikan bagi manfaat Jabatan. Beliau sentiasa akan memastikan kerja yang dilaksanakan memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Beliau telah berjaya mencipta idea dan memperkenalkan satu sistem Jadual Petugas Kaunter di JBG Pulau Pinang agar lebih sistematik dan berkesan. Beliau juga merupakan satu-satunya ahli ERT wanita dalam Pasukan Tindakan Kecemasan/Emergency Response Teams (ERT) di Bangunan Persekutuan Jalan Anson, Pulau Pinang. Pegawai ini memiliki keperibadian yang baik dan mudah mesra serta seorang yang rajin, berfikiran positif dan bermotivasi tinggi dan dapat dijadikan contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

     

 

Pekerja Contoh November 2019

 

1)

aslam nov

Nama  Muhamad Aslam bin Ahmad
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang-Undang (LS29)

Pencapaian

:

Pegawai sentiasa menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan tugasan tanpa mengira waktu. Beliau dapat mengendalikan serta menyelesaikan khidmat nasihat dalam tempoh 1 hari dan sentiasa mendapat maklumbalas yang baik daripada pelanggan. Beliau telah Berjaya mengendalikan 116 sesi khidmat nasihat bersama pelanggan pada tahun 2019. Pegawai merupakan seorang yang aktif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan jabatan. Antara aktiviti yang dilakukan oleh beliau sepanjang bulan November adalah seperti aktiviti gotong royong surau, Sambutan Maulud Nabi dan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JBG Pulau Pinang. Ketelitian beliau dalam bidang tugas dan daya kepimpinan yang berwibawa sentiasa menjadikan contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

     

 

2)

faziana okt

Nama  Faziana binti Kasni
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) N19

Pencapaian

:

Pegawai seorang yang berdedikasi, berperibadi yang baik dan sentiasa memastikan tugasan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya mendaftarkan sebanyak 15 fail serta menguruskan sebanyak 65 pelanggan yang hadir untuk khidmat nasihat bagi bulan November. Beliau dapat melaksanakan tugas melebihi sasaran yang telah ditetapkan antaranya seperti penyediaan draf petisyen/saman pemula/notis, perlantikan peguamcara dan penyelesaian 100% jumlah fail kes dapat didaftarkan segera di JBG Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan tugasan yang diamanahkan kepadanya.