Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548]

Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [Akta A1548] telah mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2017.

Anjakan berganda bagi perkhidmatan bantuan guaman!

    • Lebih ramai yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan
    • Pengenalan kepada perkhidmatan tersendiri; “Pendamping Guaman”

 

 

Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017

Sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Malaysia untuk mentransformasikan perkhidmatan bantuan guamannya, Dewan Negara Parlimen Malaysia baru-baru ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017. Antara matlamat Rang Undang-Undang ini adalah untuk menyemak semula ujian kemampuan bagi memperkenalkan pendekatan yang lebih praktikal dalam menentukan kelayakan bantuan guaman seseorang. Dalam hal ini, pindaan ini dijangka akan menyelaraskan pemberian bantuan guaman kepada mereka yang berpendapatan rendah yang merupakan golongan yang menerima bantuan khas Kerajaan seperti BR1M.

Selain itu, pindaan ini juga memperkenalkan khidmat pendamping guaman. Apabila dikuatkuasakan, khidmat ini terbuka kepada semua kanak-kanak yang merupakan mangsa kesalahan jenayah. Antara fungsi pendamping guaman adalah untuk menasihati penjaga mangsa kanak-kanak mengenai perkara undang-undang dan untuk menemani kanak-kanak dalam prosiding mahkamah dan, dengan kebenaran mahkamah, untuk bercakap bagi pihak kanak-kanak tersebut. Pendek kata, pendamping guaman akan melindungi kepentingan undang-undang kanak-kanak dan bertindak sebagai penenang kanak-kanak tersebut terutamanya semasa prosiding mahkamah.

Program JBG Bersiaran dalam Selamat Pagi Malaysia di RTM1

 

Bil Tarikh Topik
1

10/7/2017

Apa yang anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah?

2

17/7/2017

Undang-Undang Berkaitan Dengan Penangkatan Anak Sabah & Sarawak

3

24/7/2017

Undang-Undang Berkaitan Dengan Penangkatan Anak di Semenanjung Malaysia

4

31/7/2017

Tuntutan Berkaitan Dengan Kemalangan Jalanraya
5

7/8/2017

Isu Berkaitan Harta Pusaka, Probet dan Surat Kuasa Mentadbir Bhg I

6

14/8/2017

Isu Berkaitan Harta Pusaka, Probet dan Surat Kuasa Mentadbir Bhg II

7

28/8/2017

Hak Dan Tanggungan Di Bawah Akta Sewa Beli 1967 Bhg I

8

4/9/2017

Hak Dan Tanggungan Di Bawah Akta Sewa Beli 1967 Bhg II

9

11/9/2017

Hak dan Tanggungan Di Bawah Akta Sewa Beli 1967 Bhg III

10

18/9/2017

Hak-Hak berhubung penyewaan Bhg I

11

25/9/2017

Hak-Hak berhubung penyewaan Bhg II

12

2/10/2017

Hak-Hak berhubung penyewaan Bhg III

13

9/10/2017

Undang-Undang Fitnah Bhg I

14

16/10/2017

Undang-Undang Fitnah Bhg II

15

23/10/2017

Undang-Undang Pekerja Bhg I

16

30/10/2017

Undang-Undang Pekerja Bhg II

17

6/11/2017

Ketahui Hak Anda Apabila Ditangkap Polis

17

13/11/2017

Hak-Hak Tertuduh dibawah Undang-Undang Jenayah

18

20/11/2017

Prosedur Tuntutan Kecil di Mahkamah

19

27/11/2017

Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017

20

04/12/2017

Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017

21

11/12/2017

Jenayah Keganasan Rumah Tangga

22

18/12/2017

Kesalahan-Kesalahan Lazim Undang-Undang Imegresen dan Pasport

Tonton Selamat Pagi Malaysia

Pegawai dan Kakitangan Baharu Bulan September 2017

Bil Nama Jawatan
Tempat Bertugas

1

Mazlina binti Hussain

Pegawai Syariah LS48

JBG Ibu Pejabat

2

Nurshuhadah binti Mohd Sharif

Pegawai Tadbir dan Diplomatik M44

JBG Ibu Pejabat

3

Wan Adam Al-Baqir bin Mohd Nordin

Pegawai Syariah LS44

JBG Negeri Johor

4

Akmal bin Baharuddin

Pegawai Undang-Undang L44

JBG Kuala Lumpur

5

Mohd Rifaudin bin Abd Wahab

Pegawai Syariah LS41

 JBG Pahang

6

Marina binti Abdul Rahmad

Pegawai Syariah LS41

JBG Ibu Pejabat

7

Siti Aisyah binti Khairuddin

Pegawai Undang-Undang L41

JBG Ibu Pejabat

8

Muhammad Farhan bin Abdul Rahim

Penolong Pegawai Undang-Undang L29

JBG Taiping

  • 1
  • 2