A- A A+

KEJOHANAN BOLING JABATAN BANTUAN GUAMAN

Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat telah menganjurkan satu kejohanan boling yang telah diadakan pada 13 November 2016 di Ampang Superbowl, Bangi Gateaway, Bandar Baru Bangi, Selangor. 

                                                                     

                                                                     

                                                                 

Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Jabatan Bantuan Guaman Bil. 4/2016

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI

JABATAN BANTUAN GUAMAN

BIL. 4/2016 

Suatu detik yang bersejarah bagi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah tercatat apabila Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negerinya yang terakhir akhirnya telah dapat diadakan di negeri Melaka. Meskipun mempunyai jadual kerja yang padat, delegasi JBG sempat meluangkan masa menikmati suasana bandar Melaka dan tempat-tempat menarik yang bersejarah. Mereka juga telah diraikan dengan jemputan makan malam yang indah anjuran Kerajaan Negeri, terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari itu merupakan suatu kejayaan yang besar dan telah mendapat respon yang positif daripada para peserta. Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan urus setia dan mereka yang terlibat. “Don’t mess with Melaka.”

                                                                     

 

                                                                      

 

Taklimat Amalan Nilai-nilai Murni

Taklimat Amalan Nilai-nilai Murni

oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri

Taklimat Amalan Nilai-nilai Murni telah disampaikan oleh Puan Noraisyah binti Khairuddin, juruaudit EKSA dari Unit Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri pada 3 November 2016 di Bilik Mesyuarat Utama. Juruaudit ICU yang lain ialah Puan Noraznita binti Shapien dan Encik Zulkifli bin Hassan. Pengauditan EKSA juga telah dilaksanakan di semua zon oleh juruaudit tersebut. 

   

 

  

 

   

 

Ceramah Undang Undang JBG Johor

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Johor telah mengadakan ceramah kesedaran undang-undang di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Johor Bahru pada 29 September 2016.

   

 

 

Mesyuarat Pengarah Pengarah Negeri JBG Bil 3 / 2016

“Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Jabatan Bantuan Guaman (JBG) kali ke 3 akhirnya telah diadakan di Ibu Pejabat JBG di Putrajaya baru-baru ini. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pengurusan Atasan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Negeri, Ketua-Ketua Cawangan dan beberapa orang pegawai undang-undang yang baru dilantik. Mesyuarat suku tahunan ini diadakan bersekali dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)”.

      

  • 1
  • 2