Jabatan Bantuan Guaman Bersiaran Dalam Program Wanita Hari Ini TV3

Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Ibu Pejabat telah bersiaran dalam rancangan TV3, Wanita Hari Ini pada 7 Januari 2016, jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari dengan isu Syariah: Tuntutan Fasakh. Peranan dan fungsi JBG dalam membantu orang yang dibantu dalam prosiding fasakh telah diberi sorotan penting dalam program ini.