A- A A+

Program Kesedaran Masyarakat (Klinik Bantuan Guaman 1 Malaysia), JBG Cawangan Johor Bahru

JBG Cawangan Johor Bahru telah membuka tapak pameran Jabatan Bantuan Guaman (JBG) sempena program Jelajah Pengerang 2018 seperti berikut:

(a)  Tarikh  : 3 Februari 2018
(b) Masa  7.00 pagi - 7.00 petang
(c) Tempat  Stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor
(d) Jenis Program  Klinik Bantuan Guaman 1 Malaysia
(e)  Anjuran : Biro Tatanegara (BTN)

Pembukaan tapak pameran di program sebegini ini adalah bertujuan untuk mempromosikan JBG serta perkhidmatan yang disediakan oleh JBG termasuk perkhidmatan terbaru Pendamping Guaman kepada orang awam yang hadir.

Menerusi program Jelajah Pengerang 2018 ini, seramai lebih kurang 500 orang pengunjung telah hadir memeriahkan program ini.

1    

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said ketika Perasmian Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pengerang di Stadium Bandar Penawar.

2

YBhg. Ketua Pengarah JBG Datuk Haini binti Hassan, YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Sivil) Tuan Mohd Zulbahrin bin Zainuddin dan YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab beserta para Pegawai daripada JBG Johor Bahru di tapak pameran.

2

Encik Mohd Yaasin bin Mohd Yusof dari FELDA menyampaikan taklimat mengenai “Penjelasan Isu Tanah FELDA” ketika Sesi Bersama Jabatan Bantuan Guaman kepada orang awam.