SESI PERBINCANGAN BERKENAAN PROGRAM ROADSHOW DAN KESEDARAN ANTARA JABATAN BANTUAN GUAMAN DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Satu sesi perbincangan antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan pada 2 Februari 2018 di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman. Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YBhg. CP Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Sesi perbincangan tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Siasatan Seksual / Kanak-Kanak (D11) PDRM dan Bahagian Undang-Undang PDRM. Wakil JBG yang menghadiri perbincangan tersebut adalah Pengarah Pengantaraan (Syariah) JBG, Pengarah JBG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Pengarah JBG Selangor dan pegawai dari JBG WPKL.

Tujuan perbincangan diadakan adalah bagi menyatakan hasrat JBG untuk mengadakan program roadshow dan kesedaran JBG berkaitan pindaan kepada Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 khususnya berkenaan isu Pendamping Guaman. JBG berhasrat mengadakan sesi ceramah dan taklimat kepada semua anggota polis terutama mereka yang mengendalikan kes-kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak.

Selesai sesi perbincangan tersebut, pegawai-pegawai JBG telah membuat kunjungan ke Pusat Temubual Kanak-Kanak (CIC).

IMG 9867  IMG 9865 IMG 9853