Klinik Bantuan Guaman Johor
JBG Cawangan Johor telah mengadakan program kesedaran masyarakat KLINIK BANTUAN GUAMAN seperti berikut:
(a) | Tarikh | : | 18hb April 2018 (Rabu) |
(b) | Masa | : | 2.30 petang – 4.30 petang |
(c) | Tempat | : | Bilik Mesyuarat Margosa, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor |
(d) | Jenis Program | : | Klinik Guaman |
Program ini bertujuan untuk:
- Mendapatkan maklumat tentang objektif penubuhan rumah perlindungan tersebut;
- Menjalinkan kerjasama erat antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
- Melihat secara dekat bagaimana pengurusan bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi tersebut dilaksanakan; dan
- Mempromosikan khidmat pendamping guman kepada institusi tersebut.
Klinik Bantuan Guaman 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Jabatan Bantuan Guaman (“JBG”) serta memberi taklimat mengenai perkhidmatan yang disediakan JBG termasuk perkhidmatan terbaru Pendamping Guaman kepada warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat di setiap daerah di seluruh Johor Darul Takzim. Seramai 35 orang telah mengikuti program tersebut.
Pegawai-pegawai bertugas bersama SUPT M Kumar A/L S Muthuvelu dan ketua unit Siti Aminah
Peserta-peserta Klinik Guaman 1 Malaysia yang merangkumi Pegawai-Pegawai Penyiasat Dan Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas di seluruh negeri Johor
Peserta-peserta program mendengar ceramah yang diberikan oleh pegawai bertugas
Sesi perkongsian di antara pegawai-pegawai bertugas dan juga peserta-peserta yang terlibat