A- A A+

Bayaran pampasan memberikan satu permulaan yang hebat bagi khidmat pendamping guaman yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman Malaysia

 

Seorang gadis berusia 16 tahun yang menerima perkhidmatan pendamping guaman yang baru diperkenalkan oleh Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBG) telah diawardkan dengan bayaran pampasan berjumlah RM5000.00 oleh Mahkamah Sesyen Georgetown. Pampasan itu diperoleh apabila pegawai dari JBG yang dilantik untuk bertindak sebagai pendamping guaman dalam kes ini menegaskan supaya Kenyataan Impak Mangsa dibacakan di mahkamah untuk pertimbangan hakim.

Perkhidmatan pendamping guaman merupakan salah satu perkhidmatan bantuan guaman yang ditawarkan oleh JBG di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 bermula dari 1 Disember 2017.