A- A A+

Kursus Pengendalian Kes Pengantaraan dan Peningkatan Kemahiran Pengantaraan

Pada 9-11 April 2019 yang lalu, Jabatan Bantuan Guaman telah menganjurkan kursus Pengendalian Kes Pengantaraan dan Peningkatan Kemahiran Pengantaraan JBG di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor. Kursus ini melibatkan 20 orang peserta yang terdiri daripada pegawai -pegawai JBG seluruh Malaysia yang telah dilantik sebagai pengantara.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan pendedahan kepada pengantara tentang kemahiran dan teknik dalam sesi pengantaraan serta membuka ruang untuk bertukar-tukar pengalaman berkaitan kes pengantaraan yang pernah dikendalikan.
Di antara kandungan program kursus adalah termasuk pendekatan mediasi dalam membantu pertikaian, pencerahan isu perundangan dalam pengantaraan bagi kes-kes sivil dan syariah yang dikendalikan oleh JBG, sesi perbincangan serta sesi simulasi. Upacara penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.

IMG 9726

IMG 9730

IMG 9738 IMG 9748
IMG 9749 IMG 9753
IMG 9764 IMG 9783
IMG 9807 IMG 9826
IMG 9866 IMG 9878
IMG 9897 IMG 9908