Kunjung Hormat JBG ke Majlis Agama Islam Johor

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 21 Ogos 2019 bertempat di Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor. Kunjungan ini adalah untuk mengadakan sesi perbincangan berkaitan Nota Kerjasama Persetujuan Pemberian Sumbangan dan Perbincangan Tatacara Kendalian Piawaian Khidmat Bantuan Guaman Antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). 

JBG telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) JBG, Pengarah Pengantaraan (Syariah) JBG, Pengarah JBG Negeri Johor dan Penolong Pengarah Kanan JBG Negeri Johor.

Kunjungan hormat daripada JBG ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ (Y.B Dato’ Haji Noh bin Ibrahim), Kadi Besar / Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syarak JAIJ, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIJ, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan MAINJ dan Pegawai Undang-Undang MAINJ.

1

2

  3