A- A A+

Kunjung Hormat ke Pejabat YAA Ketua Hakim Syarie

(a)  Nama Program :

 

 Kunjung Hormat ke Pejabat YAA Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka

 

(b) Tarikh Program :

 

8 Oktober 2019

 

(c) Masa

 

10.30 pagi

 

(d) Wakil Jabatan

a) Puan Siti Salwa binti Musa 

    Ketua Pengarah JBG

b) Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab

    Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)

 

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat YAA Datuk Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) pada 08 Oktober 2019 bertempat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Kompleks Mahkamah Syariah Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Melaka terutamanya yang melibatkan kes-kes syariah selaras dengan peruntukan dan keperluan undang-undang semasa.

Di samping itu, pihak JBG juga ingin memaklumkan kepada YAA Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka berkaitan pembentangan kertas cadangan kolaborasi antara Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada 08 Oktober 2019 bertempat di Aras 4, Bilik Mesyuarat MMKN, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

JBG telah diwakili oleh Puan Siti Salwa binti Musa (Ketua Pengarah), Tuan Muhamad Abdul Karim bin Wahab (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Puan Mazlina binti Hussain (Pengarah Litigasi dan Nasihat (Syariah), Tuan Saharuddin bin Selamat (Pengarah Pengantaraan (Syariah) dan Puan Nurmadiana binti Mamat (Pengarah JBG Negeri Melaka).

Kunjungan hormat daripada JBG ini telah disambut oleh YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman (Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka) dan Tuan Mohamad Ridzuan bin Zainudin (Pegawai Penyelidik Kanan, Unit Dasar & Penyelidikan MSNM).

1

2

3