A- A A+

Kunjung Hormat ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Tarikh 2 Oktober 2020
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Ruang legar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Wakil Jabatan Bantuan Guaman : 1. Tuan Zaim bin Md Yudin
   

    Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) JBG

2.  Puan Mazlina binti Hussain

      Pengarah Litigasi & Nasihat (Syariah) JBG

3.  Tuan Saharuddin bin Selamat

      Pengarah Pengantaraan (Syariah) JBG

4.  Puan Amalina binti Zainal Mokhtar

     Pengarah JBG Negeri Sembilan

5.  Tuan Mohd Amirul Adam bin Ahmad

      Penolong Pengarah (Kanan) JBG Negeri Sembilan

6.  Puan Marina binti Abdul Rahman

     Penolong Pengarah (Kanan)

     Bahagian Litigasi & Nasihat (Syariah)

  :  

Jabatan Bantuan Guaman telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Y.A.A Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) pada 02 Oktober 2020 bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, 1054A, Jalan Sendayan, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Sembilan terutamanya yang melibatkan kes-kes syariah selaras dengan peruntukan dan keperluan undang-undang semasa.

JBG telah diwakili oleh Tuan Zaim bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)), Puan Mazlina binti Hussain (Pengarah Bahagian Litigasi & Nasihat (Syariah)), Tuan Saharuddin bin Selamat (Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah)), Puan Amalina binti Zainal Mokhtar (Pengarah JBG Negeri Sembilan), Tuan Mohd Amirul Adam bin Ahmad (Penolong Pengarah (Kanan) JBG Negeri Sembilan dan Puan Marina binti Abdul Rahman (Penolong Pengarah (Kanan) Bahagian Litigasi & Nasihat (Syariah)).

Kunjungan hormat daripada JBG ini telah disambut oleh YAA Dato’ Abas bin Nordin (Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan), YA Tuan Abdul Halim bin Muhammad (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan) dan pegawai-pegawai kanan JKS Negeri Sembilan yang lain.

YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan amat mengalukan kehadiran delegasi daripada Jabatan Bantuan Guaman dan YAA Dato’ juga memaklumkan bahawa beliau pernah berkhidmat di JBG sebelum ini dan amat memahami cabaran atau komitmen dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. YAA Dato’ juga berharap agar pihak JBG dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam membantu Mahkamah Syariah dalam pengendalian dan penyelesaian kes-kes syariah serta sentiasa membuat hebahan kepada masyarakat berkaitan maklumat tentang perkhidmatan JBG.

Pihak JKS Negeri Sembilan menjelaskan bahawa bilangan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meningkat sejak kebelakangan ini. Sehubungan dengan itu, pihak JKS Negeri Sembilang amat memerlukan bantuan dan sokongan pihak JBG terhadap perkara ini agar tidak menimbulkan pelbagai masalah kepada kes-kes syariah. Di samping itu, YAA Dato’ juga memberi sokongan penuh kepada pihak JBG yang ingin menjalankan kerjasama antara JBG dengan MAIN atau LZN dalam aspek bantuan guaman syarie kepada golongan asnaf yang berkelayakan.

Pihak JBG juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perjumpaan ini bagi membincangkan langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Sembilan terutamanya yang melibatkan kes-kes syariah selaras dengan peruntukan dan keperluan undang-undang semasa. Tuan Zaim bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah)) memaklumkan bahawa JBG telah melaksanakan pelbagai alternatif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat awam. Antaranya menjalankan langkah-langkah penambahbaikan melalui program tranformasi JBG sebagai usaha untuk memperbaiki penyampaian perkhidmatan bantuan guaman di Malaysia sejak tahun 2017. Beberapa perubahan bagi mencapai matlamat tersebut telah dilakukan seperti pindaan Akta Bantuan Guaman 2017 yang berkaitan dengan kelayakan pelanggan untuk mendapat bantuan guaman di JBG iaitu kategori sumbangan daripada pelanggan JBG bermula bayaran sumbangan sebanyak RM10.00 sehingga RM50,000.00, memperkenalkan khidmat pendamping guaman dan penubuhan Akaun Amanah Bantuan Guaman bagi mendapatkan dana bantuan guaman seperti membuat tuntutan kos oleh JBG di Mahkamah dan pemberian dana daripada Majlis Agama Islam Negeri atau Lembaga Zakat Negeri.

JBG juga sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Lembaga Zakat Negeri dalam usaha mencari sumbangan dana Akaun Amanah Bantuan Guaman bagi pengendalian kes-kes syariah kepada asnaf yang layak. Setakat hari ini, terdapat beberapa agensi yang telah menyumbang dana bantuan guaman tersebut.

Selain itu, berdasarkan kepada Pelan Strategik JBG Tahun 2019 – 2023, di bawah Strategi 2: Meluaskan Kolaborasi Dengan Rakan Strategik, pihak JBG sentiasa bersedia membuat kerjasama / kolaborasi dengan agensi lain melalui program promosi dan kesedaran masyarakat seperti Klinik Bantuan Guaman, Literasi Undang-Undang, Ceramah, Seminar dan sebagainya. Program kerjasama dan kolaborasi ini juga boleh melibatkan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan kerana pihak JBG Negeri Sembilan bagi mencapai matlamat tersebut.

Beberapa persetujuan dan persefahaman melalui program kunjung hormat ini antara JBG dan JKSN Negeri Sembilan telah dapat dicapai antaranya :

• Pihak JKSN Negeri Sembilan bersetuju agar pelanggan digalakkan untuk mendapatkan nasihat guaman dan memfailkan kes terlebih dahulu melalui JBG.
• Pihak JKSN Negeri Sembilan bersetuju menyediakan satu ruang pejabat yang sesuai untuk pihak JBG bertemu dengan pelanggan atau mengadakan program kilnik guaman mengikut kesesuaian tarikh pegawai JBG selepas ini.
• Pihak JKSN Negeri Sembilan amat menyokong cadangan Bahagian Syariah JBG untuk melaksanakan kajian bagi semakan bidangkuasa kes syariah di JBG termasuk bagi kes jenayah syariah agar berlaku perkembangan positif dalam perundangan dan PPA lebih bersedia di mahkamah.
• Cadangan bagi mengadakan kerjasama dalam program kesedaran masyarakat terhadap perkhidmatan mahkamah dan JBG di setiap daerah dengan kerjasama agensi lain dan menggunakan dana MAIN Negeri Sembilan. Sasaran peserta adalah ketua kampong atau imam masjid.
• JKSN Negeri Sembilan bersetuju untuk menjemput Pengarah JBG Negeri Sembilan bagi memberi penerangan berkaitan perubahan semasa dan tuntutan kos oleh JBG kepada para hakim dalam satu slot Muzakarah Hakim Syarie Negeri Sembilan yang akan datang.

dd

hy

sd

gt

  • 1
  • 2