A- A A+

Laporan Program Kesedaran Masyarakat Jabatan Bantuan Guaman Selangor

Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Selangor telah dijemput ke Hospital Pakar Annur, Bangi pada 21hb Januari 2020 memberi ceramah dalam Slot Tazkirah Bulanan untuk pegawai dan kakitangan Hospital Pakar Annur di mana butiran program tersebut adalah seperti berikut:

 

Tajuk  : Bantuan Guaman Syariah Percuma : Layakkah Anda?
Tarikh 21 Januari 2020
Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Right Wing (HR), Hospital Pakar An-Nur
Jenis Program : Penjelasan hak undang-undang syariah dan beri kesedaran kepada hadirin.

 

Seramai 200 orang peserta telah hadir ke program tersebut. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan Hospital Pakar An-Nur Bangi. Mereka telah diberi penerangan tentang fungsi utama dan bidang kuasa Jabatan Bantuan Guaman (JBG), khidmat yang ditawarkan oleh JBG, prosedur memohon khidmat bantuan guaman dan apakah contoh-contoh kes yang boleh diwakili oleh pihak JBG khususnya dalam kes Syariah di Mahkamah Syariah. Program kerjasama dengan pihak Hospital Pakar An-Nur ini telah dijalankan dengan berkesan apabila banyak soalan yang dibangkitkan oleh pegawai dan kakitangan yang berkenaan.

1

3

2