A- A A+

Laporan program kolaborasi bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Pihak Jabatan Bantuan Guaman Selangor (“JBGS”) telah dijemput oleh pihak Pertubuhan Pertolongan Wanita (“WAO”) bagi sebuah program kolaborasi (‘Program”) antara JBGS dan WAO. Butiran Program adalah seperti berikut:

 

Tajuk  : Perundangan Mengenai Isu-Isu Perceraian dan Kekeluargaan
Tarikh 16 Januari 2020
Masa : 9.15 pagi - 12.30 pagi
Tempat : Tingkat 2, Blok B, 3Two Square, Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor.
Jenis Program : ceramah

 

Seramai dua belas (12) orang peserta telah hadir ke Program tersebut. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada kakitangan dan pekerja sosial di WAO. Para peserta telah diterangkan mengenai prosedur & undang-undang berkaitan perceraian orang Islam dan bukan Islam. Selain itu, para peserta telah dijelaskan mengenai fungsi utama dan bidang kuasa am Jabatan Bantuan Guaman.

3

2

1