Bahagian

 

1. Bahagian Penyelidikan Dasar
  • Menyediakan perkhidmatan penyelidikan kepada JBG;
  • Memberi pendapat undang-undang kepada apa-apa perkara berkaitan bantuan guaman yang dirujuk oleh cawangan JBG;
  • Menyediakan draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara;
  • Mengumpul maklumat dan data;
  • Menubuhkan pangkalan data bahan undang-undang untuk rujukan.

 

2. Bahagian Ligitasi dan Nasihat (Sivil)
  • Mewakili klien dalam prosiding sivil yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
  • Mewakili klien dalam prosiding jenayah yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
  • Memberi nasihat undang-undang secara lisan mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan bantuan dan nasihat guaman.

 

3. Bahagian Ligitasi dan Nasihat (Syariah)
  • Mewakili klien dalam prosiding Syariah yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
  • Memberi nasihat undang-undang secara lisan mengenai perkara Syariah; dan
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan bantuan dan nasihat guaman.

 

4. Bahagian Pengantaraan (Sivil)
  • Menyediakan khidmat pengantaraan;
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan khidmat pengantaraan.

 

5. Bahagian Pengantaraan (Syariah)
 
  • Menyediakan khidmat pengantaraan;
  • Memantau, menyelia dan memberikan bantuan perlu kepada cawangan JBG berhubung dengan khidmat pengantaraan.

 

6. Bahagian Peguam Panel
  • Menguruskan pelantikan peguam swasta sebagai Panel Peguam dan menugaskan kes kepada mereka;
  • Memantau kes yang dikendalikan oleh panel peguam dan membuat pembayaran kepada mereka apabila kes selesai;
  • Menguruskan permohonan untuk pemberikuasaan oleh Menteri di bawah subseksyen 10 (2A) dan 12 (3).

 

7. Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Melaksanakan pelbagai fungsi yang termasuklah sumber manusia dan pengurusan kewangan, pentadbiran am dan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi dan pengendalian perpustakaan.