Pekerja Contoh September 2018

1)

Fauzi bin Hussin

Nama  Fauzi Bin Mohd Husin
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Kelantan
Jawatan / Gred : Penolong Akauntan W29 (KUP)

Pencapaian

: Pegawai ini merupakan seorang yang ringan tulang dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta patuh kepada arahan yang diamanahkan. Beliau sentiasa mematuhi KPI dalam menjalankan tugas antaranya seperti menghantar tuntutan, laporan akaun amanah, laporan maklum balas pelanggan, dan laporan piagam pelanggan. Selain itu, beliau adalah seorang yang aktif dalam aktiviti Kelab Kebajikan Jabatan serta terlibat secara langsung dalam kegiatan rukun tertangga. Beliau merupakan pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan JBG Kelantan dan timbalan setiausaha rukun tetangga kawasan beliau tinggal. Seorang yang rajin dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain.
     

 

2)

Mohd Nizam bin Azmi

Nama  Mohd Nizam Bin Azmi
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Muar
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Syariah LS29

Pencapaian

: Pegawai ini merupakan seorang yang sentiasa berusaha dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau telah berjaya menyelesaikan purata sebanyak 42 nasihat undang-undang sehari dalam tempoh sebulan. Selain itu, beliau berjaya menyemak dan memastikan 21 pliding syariah disiapkan dan memfailkan 19 pliding syariah lengkap ditandatangan anakguam dalam tempoh ditetapkan. Seorang yang optimum boleh bekerjasama dan pencalonan pegawai sebagai pekerja contoh boleh memberi semangat dan perangsang kepada pegawai dan kakitangan lain.
     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan