A- A A+

Pekerja Contoh Januari 2019

1)

Ahmad Syakir Harun

Nama  Ahmad Syakir bin Harun
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Taiping
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir Operasi Gred N11

Pencapaian

: Pegawai ini merupakan seorang yang ringan tulang dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas serta patuh kepada arahan yang diamanahkan. Beliau akan memastikan tugasan yang diberikan mencapai KPI yang telah ditetapkan. Beliau juga aktif dalam sumbangan luar seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Taiping, Kelab Kebajikan Kesuama Wisma Persekutuan Taiping, dan Kelab Permotoran Taiping. Beliau sentiasa menunjuk komitmen yang baik terhadap tugasan yang telah diberikan.
     

 

2)

Siti Hadijah Ibrahim

Nama  Siti Hadijah Binti Ibrahim
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Sabah
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Gred N22

Pencapaian

: Pegawai merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan penyediaan MyPortfolio bagi semua kakitangan JBG Sabah sehingga berjaya dihantar ke Bahagian Dasar pada masa yang telah ditetapkan. Pegawai juga sentiasa memastikan kelancaran tugasan bagi perkhidmatan di kaunter mendapat layanan yang baik serta tiada rungutan daripada para pelanggan. Selain itu, pegawai juga menunjukkan semangat bekerja dalam pasukan serta sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada kakitangan yang berada di bawah seliaannya.
     

 

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan