Sejarah Penubuhan

1954 - Cadangan penubuhan Biro Bantuan Guaman. 

1960 - Menerima sepucuk surat yang ditulis oleh "Orthopaedic Almoner" yang ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur yang meminta supaya nasihat guaman percuma diberikan kepada pesakit yang mengalami "residual disabilities" yang serius yang pampasan boleh diberikan jika mereka diwakili dari segi undang-undang.

Pertubuhan wanita juga mendesak Kerajaan supaya bertindak bagi membantu wanita dan anak-anak mereka dalam tuntutan nafkah terhadap suami mereka dan penjaga kanak-kanak. 

Nasihat dan bantuan guaman hanya terhad kepada : 

  • Kakitangan kerajaan dalam prosiding undang undang berhubung dengan tugas rasmi (melalui peraturan peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatertib) (Perintah-perintah Am Bab "D") 1969).
  • Orang miskin dalam "forma pauperis" (melalui kaedah kaedah Mahkamah Agung 1957).
  • Orang yang dituduh atas kesalahan jenayah melibatkan hukuman mati (melalui Kanun Tatacara Jenayah)

1969, Oktober - Perkara ini telah dirujuk kepada Peguam Negara dan beliau menyokong saranan ini. Kemudiannya perkara ini telah dirujuk kepada Kementerian Kehakiman yang kemudiannya meminta nasihat daripada Majlis Peguam yang juga menyokong skim yang dicadangkan ini.

Suatu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini.

1970, September - Suatu Projek Printis telah dilancarkan dengan menyediakan khidmat bantuan guaman sahaja.

September 1970 - Biro Bantuan Guaman telah ditubuhkan. 

1985 - Biro telah diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara 

1995, Mei – Apabila tertubuhnya Kementerian Undang-Undang, Biro diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang.

1995. Jun - Diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

2011, 16 Januari -  Nama Biro Bantuan Guaman telah ditukar kepada Jabatan Bantuan Guaman.

 

malaysia.gov.myAGCYBGKJKSMPortal eSyariahMahkamahMAMPUJPADBPBPAIIMINTANILKAPBHEUUMdIMSC1Malaysia MyGov_Mobile