Pekerja Contoh JBG Februari 2017

Nama                       :    Encik Abdul Ghafar bin Ismail

Bahagian / Cawangan  :    Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang

Jawatan/Gred             :    Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 (KUP)

Ringkasan Pencapaian Pegawai -

Pegawai ini telah berjaya menyediakan sebanyak 40 fail kes Sivil yang lengkap dan teratur bagi kemasukan maklumat ke dalam sistem SPK-JBG bertujuan bagi pendaftaran kes. Selain itu, sebanyak 148 resit telah dikeluarkan oleh pegawai ini bagi pendaftaran kes sepanjang bulan Februari 2017. Selain daripada itu, pegawai ini turut melakukan proses merincih sebanyak 30 buah fail-fail yang telah dilupuskan bagi tujuan pemusnahan rekod awam. Seterusnya, pegawai ini juga telah menghantar sebanyak 40 surat kepada klien bagi proses bayaran berdasarkan pendaftaran kes yang dibuat.