Konvensyen Bantuan Guaman Malaysia 2017

Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat telah mengadakan Konvensyen Bantuan Guaman pada 20 Jun 2017 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) ia bertujuan bagi menjalankan kajian berkenaan dengan cadangan bagi pendekatan baharu terhadap perkhidmatan bantuan guaman di Malaysia. Bagi maksud itu, suatu Konvensyen Bantuan Guaman Malaysia telah diadakan bagi mendapatkan input daripada agensi-agensi yang berkepetingan mengenai perkara ini. Kajian ini akan dapat membantu Jawatankuasa Pemandu untuk Melakukan Transformasi Perkhidmatan Bantuan Guaman di Malaysia menyediakan syor-syor dalam menentukan hala tuju baharu perkhidmatan bantuan guaman di negara ini.

Sepanjang sesi pendaftaran Konvensyen Bantuan Gauman Malaysia di ILKAP Bangi

Majlis Perasmian Konvensyen oleh YB Dato' Seri Azalina binti Othman Said Menteri di Jabatan Perdana Menteri di ILKAP Bangi.

 

Perbincangan "Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman di Malaysia"

Sidang akhbar bersama YB Menteri.