Pembatalan Perakuan

Kelayakan Untuk Mendapat Bantuan Guaman
Tatacara Mendapatkan Bantuan Guaman
Pembatalan Perakuan



Pembatalan Perakuan
Di bawah seksyen 19 Akta Bantuan Guaman 1971, Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) boleh membatalkan perakuan bantuan guaman. Mengikut peraturan 8 Peraturan-Peraturan Bantuan dan Nasihat Guaman 1970, sesuatu perakuan bantuan guaman boleh dibatalkan dalam mana-mana daripada hal keadaan yang berikut:

  • atas permintaan (orang yang telah dikeluarkan perakuan itu)
  • pemohon dikehendaki membuat sumbangan dan apa-apa bayaran mengenai sumbangan itu tertunggak lebih daripada 30 hari
  • jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa prosiding yang dimaksudkan telah selesai;
  • jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang yang dibantu menghendaki prosiding itu dijalankan dengan cara tidak munasabah hingga mengakibatkan perbelanjaan yang tidak patut kepada Jabatan Bantuan Guaman;
  • jika orang yang dibantu telah meninggal dunia;
  • jika orang yang dibantu telah menerima suatu perintah penerimaan;
  • jika sumber kewangan orang yang dibantu itu melebihi RM30,000.00 setahun setelah ketentuan lanjut diperoleh;
  • jika hasil daripada maklumat, Ketua Pengarah berpendapat bahawa orang yang dibantu itu tidak lagi ada alasan yang munasabah untuk menjadi pihak prosiding itu dan adalah tidak munasabah baginya untuk terus menerima bantuan guaman;
  • jika orang yang dibantu semasa membekalkan maklumat telah dengan sengaja memberi apa-apa kenyataan atau pernyataan yang palsu.