Program Jelajah (Roadshow)/Promosi Jabatan Bantuan Guaman Negeri Perak
Jabatan Bantuan Guaman Perak (JBG Perak) telah melaksanakan Program Jelajah (Roadshow)/Promosi 2018 seperti berikut:
(a) | Tarikh | : | 6 April 2018 (Jumaat) |
(b) | Masa | : | 9.00 pagi - 11.30 pagi |
(c) | Tempat | : | Auditorium, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) |
(d) | Jenis Program | : | Klinik Bantuan Guaman dan Ceramah Undang-Undang |
Program ini diadakan secara kerjasama (NBOS) dengan pihak HRPB di mana satu ceramah berkenaan Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 dan Pendamping Guaman telah diberikan oleh JBG Perak untuk memberikan kesedaran undang-undang dan penerangan kepada kakitangan HRPB. Bilangan peserta sesi ceramah tersebut ialah seramai 120 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan HRPB.
JBG Perak juga telah membuka klinik guaman di Tingkat Bawah, HRPB untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam semua perkara undang-undang sivil dan syariah kepada kakitangan HRPB dan orang awam. Bilangan pelanggan yang mendapatkan khidmat nasihat JBG ialah seramai 16 orang.
(a) | Tarikh | : | 9 April 2018 (Isnin) |
(b) | Masa | : | 2.30 pagi - 4.30 petang |
(c) | Tempat | : | Bilik Mesyuarat, Aras 2, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak (JKM) |
(d) | Jenis Program | : | Ceramah Kesedaran Undang-Undang |
Satu ceramah undang-undang berkenaan Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 dan Pendamping Guaman telah diberikan oleh JBG Perak untuk memberikan kesedaran undang-undang dan penerangan kepada pegawai JKM terutamanya pegawai pelindung dari setiap daerah di Perak. Bilangan peserta sesi ceramah tersebut ialah seramai 40 orang.