Taklimat Perkhidmatan-Perkhidmatan JBG dan Khidmat Pendamping Guaman JBG Pulau Pinang
JBG Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Taklimat Perkhidmatan-Perkhidmatan JBG dan Khidmat Pendamping Guaman yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 seperti berikut:
(a) | Tarikh | : | 22hb Mei 2018 (Selasa) |
(b) | Masa | : | 9.00 pagi – 11.00 pagi |
(c) | Tempat | : | Dewan Mutiara, Hospital Seberang Jaya |
(d) | Jenis Program | : | Roadshow untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan bantuan guaman dan khidmat pendamping guaman yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman |
(e) | Anjuran | : | JBG Negeri Pulau Pinang |
Objektif program ini adalah:
(i) Memberi penerangan kepada para peserta berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman;
(ii) Mempromosikan khidmat pendamping guaman kepada para peserta dan organisasi yang terlibat.
Menerusi program kali ini, seramai 55 orang peserta daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah hadir ke program tersebut termasuk pegawai dan kakitangan perubatan dari Jabatan Psikiatri, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Kecemasan, Jabatan Pembedahan, Jabatan Paediatrik dan Unit Pentadbiran Hospital Seberang Jaya, pegawai dan kakitangan dari Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai dan Klinik Kesihatan.