A- A A+

Pekerja Contoh Februari 2019

 

1)

Mohd Afiq Syahmi Abdullah

Nama  Mohd Afiq Syahmi bin Abdullah
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pahang
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Gred N19

Pencapaian

:

Pegawai ini merupakan seorang yang tegas dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Pada tahun 2019, beliau telah mensasarkan sebanyak 35 kes baru dan telah mencapai sebanyak 6 kes sehingga Februari 2019. Manakala bagi kes bicara dan sebutan ke Mahkamah Rendah Syariah Maran dan Mahkamah Rendah Syariah Temerloh, beliau telah mensasarkan sebanyak 250 fail bagi tahun ini dan telah berjaya mencapai sebanyak 20 kes sehingga Februari 2019. Beliau turut menyumbang dalam aktiviti seperti menjadi AJK Lembaga Pemeriksaan Pelupusan Aset JBG Zon Timur dan sebagai pegawai promosi di JBG Negeri Pahang. Beliau sentiasa efisyen dalam melakukan kerja harian dengan  baik.

     

 

2)

Norazliza binti Saliman

Nama  Norazliza binti Saliman
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pahang
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Gred N19

Pencapaian

:

Pegawai merupakan seorang yang berdisplin dalam melaksanakan kerja. Beliau sentiasa komited dan bertanggungjawab ke atas 8 cawangan JBG yang telah diamanahkan kepada beliau. Beliau sentiasa memberikan komitmen dan mahir dalam membahagikan masa dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pegawai mempunyai semangat kerja berpasukan dan sentiasa memberikan panduan serta tunjuk ajar kepada rakan sekerja yang lain. Beliau sentiasa efisyen dalam melakukan kerja dengan lebih baik.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan