A- A A+

Pekerja Contoh Mei 2019

 

1)

nora

Nama  Nora Roliza binti Mahdi
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan
Jawatan / Gred : Penolong Akauntan W29

Pencapaian

:

Beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan amat teliti di dalam sebarang urusan kerja yang dilakukan. Dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Penolong Akauntan, beliau akan sentiasa memastikan semua laporan kewangan setiap bulan dihantar ke Ibu Pejabat tanpa gagal. Beliau juga berjaya mengunci masuk sebanyak 84 maklumat resit bayaran ke Sistem Pengurusan Kes (SPK) pada bulan Mei 2019 melebihi sasaran yang ditetapkan. Beliau juga aktif dalam memberi sumbangan tenaga kepada masyarakat seperti Ahli Jawatankuasa Keselamatan Penduduk dan merupakan Rakan COP PDRM Cawangan Negeri Sembilan.

     

 

2)

rashid

Nama  Abdul Rashid bin Yaakub
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Ibu Pejabat
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir P/O N19

Pencapaian

:

Pegawai sentiasa menunjukkan komitmen dan memberikan kerjasama yang baik dalam melancarkan urusan kerja hakiki di pejabat. Beliau bertanggungjawab dalam melaksanakan dan memantau Sistem HRMIS JBG serta sentiasa memastikan penjanaan laporan-laporan setiap kriteria KPI HRMIS Jabatan mencapai 100%. Beliau juga aktif dan terlibat secara lansung dalam aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh Jabatan Bantuan Guaman dan BHEUU antaranya seperti Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018, Majlis Jamuan Hari Raya bagi Kluster Pengurusan Kehakiman Dan Perundangan dan Majlis Jamuan Hari Raya JBG.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan