A- A A+

Literasi Undang-Undang Bagi Program Penerangan Undang-Undang diantara Bahagian Syariah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Ibu Pejabat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pada 8 November 2022 Bahagian Syariah Ibu Pejabat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan program kerjasama literasi undang-undang kepada pegawai dan kakitangan MAIWP di Aras 1, Dewan Seminar Bangunan Perkim Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan berkaitan fungsi dan perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Penceramah JBG diwakili oleh Puan Anith Nadirah bt Abu Bakar dari JBG Kuala Lumpur. Seramai 50 orang pegawai dan kakitangan MAIWP telah menghadiri ceramah ini.

P 1 P 2
P 3 P 4