Litigasi Sivil

 

Litigasi Sivil
Litigasi Syariah
Litigasi Jenayah
 


 
Litigasi Sivil
Perihalan prosiding sivil-
 
  • Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263].
  • Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan Bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34] untuk perintah sementara.
  • Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 356].
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273].
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 [Akta 528].
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan mengenai tindakan-tindakan sivil bagi ganti rugi yang timbul daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan-kenderaan motor yang termasuk dalam pengertian Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400].
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan mengenai prosiding perceraian dan jagaan.
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan mengenai prosiding berhubung dengan penyewaan.
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212].
  • Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka.
  • Hak-hak dan tanggungan-tanggungan di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
  • Tuntutan-tuntutan pengguna
Menu Litigasi
 

Litigasi Syariah
Prosiding berhubung dengan perceraian, nafkah, jagaan dan harta sepencarian dalam mahkamah-mahkamah yang mentadbirkan hukum Syarak di mana mana-mana orang atau peguam bela dan peguam cara dibenarkan hadir.
Menu Litigasi
 

Litigasi Jenayah
Perihalan prosiding jenayah-
  • Semua prosiding jenayah yang dalamnya tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan dan ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya.
  • Prosiding jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
  • Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].
Menu Litigasi
 

 {include_content_item 169 }