Aktiviti Penyelenggaraan

ONLOAD TEST GENSET
Aktiviti onload test Genset oleh penyelenggaraan Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun seperti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Berikut adalah jadual pelaksanaan Onload Test Genset di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang bagi tahun 2015.

Aktiviti onload test Genset ini akan menyebabkan gangguan capaian terhadap semua perkhidmatan sistem aplikasi BHEUU, MdI dan JBG yang dicapai melalui rangkaian termasuk Sistem Pengurusan Kes Jabatan Bantuan Guaman (SPK-JBG), Sistem Carian Kebankrapan dan Penggulungan Syarikat Secara Online (Sistem e-Insolvensi), Sistem E-Mel Jabatan, Portal BHEUU, MdI dan JBG.


TALIAN RANGKAIAN 1Gov*Net
Untuk makluman, pihak MAMPU dan GiTN Sdn Bhd selaku penyelia dan penyelia talian rangkaian komputer 1Gov*Net kepada agensi Kerajaan termasuk Bangunan BHEUU sedang melaksanakan aktiviti Penilaian Prestasi Dan Keselamatan Rangkaian Perkhidmatan 1Gov*Net. Aktiviti ini akan dilaksanakan di Bangunan BHEUU seperti butiran berikut:

  Tarikh/ Masa Mula :   31 Julai 2015 (Jumaat)/12.20 tengah hari
  Tarikh/ Masa Tamat :   31 Julai 2015 (Jumaat)/12.35 tengah hari
  Tempoh :   15 minit sahaja
  Tempat :   Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, 62692 Putrajaya

Aktiviti ini akan menyebabkan gangguan seketika terhadap capaian rangkaian komputer di Bangunan BHEUU dan secara tidak langsung terhadap semua perkhidmatan sistem aplikasi BHEUU, MdI dan JBG termasuk Sistem Pengurusan Kes Jabatan Bantuan Guaman (SPK-JBG), Sistem Carian Kebankrapan dan Penggulungan Syarikat Secara Online (e-Insolvensi), Sistem E-Mel Jabatan, Potal BHEUU, MdI dan JBG.

Warga Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang serta cawangan-cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) diminta supaya tidak melakukan sebarang capaian terhadap sistem pada tempoh masa yang dinyatakan.

Jika berlaku sebarang kesulitan, sila hubungi talian 'Helpdesk BHEUU' di talian 03-8885 1193 atau 03-8885 1128.