A- A A+

Pembentangan berkaitan Cadangan Pindaan Jadual Kedua dan Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26) dan Pindaan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) 2017

Satu sesi Pembentangan berkaitan Cadangan Pindaan Jadual Kedua dan Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971 (Akta 26) dan Pindaan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria dan Ujian Kemampuan) 2017 telah diadakan pada 24 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Menteri, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Beberapa cadangan pindaan telah dibentangkan termasuklah:
(i)   Meluaskan bidang kuasa sedia ada JBG dengan menambah jenis kes dalam prosiding mahkamah sivil dan mahkamah Syariah dalam Jadual Ketiga Akta 26;
(ii)  Meminda Butiran 1 dan 2 Jadual Kedua Akta 26; dan
(iii) Menambah jenis tanggungan yang boleh diambilkira dalam pengiraan sumber kewangan pemohon.
YB Menteri telah bersetuju dengan cadangan pindaan tersebut dan telah menandatangani Perintah Bantuan Guaman (Pindaan Jadual Kedua dan Ketiga) 2022 dan Peraturan-Peraturan Bantuan Guaman (Kriteria & Ujian Kemampuan) Pindaan 2022 untuk tujuan pewartaan selepas tarikh kuat kuasa dimuktamadkan.

taklimat pindaan peraturan 1 taklimat pindaan peraturan 2
taklimat pindaan peraturan 4