A- A A+

Pekerja Contoh November 2019

 

1)

aslam nov

Nama  Muhamad Aslam bin Ahmad
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Pulau Pinang
Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Undang-Undang (LS29)

Pencapaian

:

Pegawai sentiasa menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan tugasan tanpa mengira waktu. Beliau dapat mengendalikan serta menyelesaikan khidmat nasihat dalam tempoh 1 hari dan sentiasa mendapat maklumbalas yang baik daripada pelanggan. Beliau telah Berjaya mengendalikan 116 sesi khidmat nasihat bersama pelanggan pada tahun 2019. Pegawai merupakan seorang yang aktif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan jabatan. Antara aktiviti yang dilakukan oleh beliau sepanjang bulan November adalah seperti aktiviti gotong royong surau, Sambutan Maulud Nabi dan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan JBG Pulau Pinang. Ketelitian beliau dalam bidang tugas dan daya kepimpinan yang berwibawa sentiasa menjadikan contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

     

 

2)

faziana okt

Nama  Faziana binti Kasni
Bahagian / Cawangan : Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (P/O) N19

Pencapaian

:

Pegawai seorang yang berdedikasi, berperibadi yang baik dan sentiasa memastikan tugasan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya mendaftarkan sebanyak 15 fail serta menguruskan sebanyak 65 pelanggan yang hadir untuk khidmat nasihat bagi bulan November. Beliau dapat melaksanakan tugas melebihi sasaran yang telah ditetapkan antaranya seperti penyediaan draf petisyen/saman pemula/notis, perlantikan peguamcara dan penyelesaian 100% jumlah fail kes dapat didaftarkan segera di JBG Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan tugasan yang diamanahkan kepadanya.

     

 

Tags: Pekerja Contoh Bulanan