A- A A+

Literasi Undang-Undang dan Kunjung Hormat JBG Negeri Pahang ke Pejabat Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang (2)

16 Januari 2024 - Delegasi Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah yang diketuai oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah bersama para pegawai Tuan Mohd Faizuan Bin Sulaiman, Encik Yusman Bin Abdul Rasjid, Puan Yusniza Binti Yusoff, Puan Idarudzana Binti Jusoh dan Puan Nur Syamimi Binti Salim serta dibantu oleh Puan Noor Shahana Binti Yakob telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut baik oleh YBhg Dato’ Khairul Anuar Bin Abdul Halim, Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Pegawai Kanan Bahagian Pendakwaan, Puan Sharifah Syazwani Binti Syed Hussin dan Puan Nor Syaliati Binti Mohd Sobri.
Sesi kunjungan hormat ini merupakan inisiatif ke arah kerjasama erat dan hubungan baik di antara Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah di samping dapat menjadi wadah perkongsian mengenai peranan dan tanggungjawab kedua-dua jabatan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan diharapkan kolaborasi di antara kedua-dua jabatan ini dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada semua.

 

419522232 796962645810679 5565527927871920684 n 419882011 796962635810680 2108449842406279009 n