A- A A+

MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN DAN PELANCARAN PROGRAM SKIM BANTUAN GUAMAN ASNAF KERJASAMA JABATAN BANTUAN GUAMAN DENGAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Alor Setar, 21 Februari 2024 :- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini telah mengadakan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman dan Pelancaran Program Skim Bantuan Guaman Asnaf di Menara Zakat, Alor Setar di sini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Dato’ Norazmi Mohd Narawi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi LZNK, Dr. Haji Mohd Faisal Haji Mustafa. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) menjalinkan kerjasama ini khusus bagi membantu golongan asnaf miskin berkaitan dengan kes-kes perbicaraan di Mahkamah Syariah mulai daripada bulan Mac 2021. LZNK telah menyalurkan agihan zakat kepada Akaun Amanah Bantuan Guaman JBG sebanyak RM 20,000.00 bermula tahun 2021 untuk digunakan bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang tidak mampu membayar kos pengurusan kes di bawah JBG.
Sehingga tahun 2024, LZNK telah menyalurkan sebanyak RM 60,000.00 kepada JBG bagi tempoh 3 tahun berturut-turut. Berdasarkan laporan Bantuan Guaman Syarie JBG-LZNK, sehingga kini sebanyak 64 kes melibatkan golongan berjaya dibantu melalui program kerjasama ini. Antara kes-kes yang telah dikendalikan melibatkan Kes Fasakh, Taklik, Hak Penjagaan anak dan Mutaah. Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Za’im Md Yudin, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat (Syariah), Rosedalliyaty Daud, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah), Siti Salwa Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Kedah, Mohd Zaki Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Perlis, Mohd Alif Farhan Hassan.

1aaa 4rfds
3eds 6ffd