jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

27 Februari 2025 (Khamis), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Peguam Malaysia (MPM) dan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah melaksanakan Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang pada 27 Februari 2025 (Khamis) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. Simposium ini telah dirasmikan oleh YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Simposium yang dilaksanakan ini adalah bertujuan memberi pemahaman terhadap pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan termasuk dalam bidang undang-undang di Malaysia yang selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Simposium ini juga turut telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi (Ketua Pengarah JBG), Tuan Hj. Nassir bin Abdul Aziz (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Puan Sazlinidayu binti Kamarul Bahrin (Pengarah JBG WP K. Lumpur) dan beberapa orang pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat JBG dan JBG WP K. Lumpur.
Bagi memeriahkan lagi Simposium ini, Ibu Pejabat JBG dan Cawangan JBG Kuala Lumpur turut membuka reruai dan van klinik bantuan guaman bergerak bagi memaknakan lagi agenda 'Justice On Wheels' dalam mempromosi khidmat bantuan guaman kepada orang ramai dan meningkatkan kesedaran orang ramai selaras dengan agenda merakyatkan Malaysia Madani.
YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JBG juga telah dijemput sebagai Moderator dalam program simposium ini iaitu dalam Sesi 2 yang bertajuk “Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Penggubalan Undang-undang” yang melibatkan 2 orang Panel iaitu:
a) Y.B Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Bin Saidin
Ahli Dewan Negara
b) YBrs. Puan Mediha Mahmood
Ketua Pegawai Eksekutif,
Forum Kandungan, Kementerian Komunikasi
Pihak Ibu Pejabat JBG juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia atas jemputan dan penganjuran bersama dalam melaksanakan simposium yang bermakna dan penuh manfaat kepada semua orang awam.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n