
Program Skuad Prihatin Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Melaka
Selasa 18 Mac 2025, JBG Melaka telah menyertai Program Infaq Ramadhan 2025 "Rezeki Berkat Ramadhan Rahmat" anjuran Mahkamah Syariah Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sukan Dan Rekreasi Mahkamah Syariah Melaka, Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YAA Tuan Hj Azzeman bin Hj Omar Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Sebanyak 145 pek sumbangan berbentuk barangan keperluan asas telah diagihkan kepada penduduk Negeri Melaka yang kurang berkemampuan. Ribuan terima kasih kepada Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Melaka atas jemputan penyertaan program pada tahun ini. Semoga setiap usaha kebaikan kita diterima Allah SWT pada bulan Ramadan yang mulia ini. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |