
Mesyuarat Pengarah Negeri Bil 2/2025
14-16 Julai 2025 - Mesyuarat Pengarah Negeri JBG Bil. 2/2025 telah diadakan bertempat di Hotel Swiss-Garden, Genting Highlands. Mesyuarat ini melibatkan penyertaan Pengurusan Tertinggi JBG, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri, Ketua Cawangan JBG serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat. Mesyuarat ini telah menjadi medan perbincangan secara holistik terhadap pelbagai isu yang dihadapi oleh JBG di peringkat Negeri dan Cawangan. Ia turut berperanan sebagai platform untuk perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam usaha memperkasakan tahap profesionalisme pegawai. Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan JBG dalam memastikan penyampaian perkhidmatan bantuan guaman yang berkualiti dan berkesan kepada seluruh masyarakat Malaysia. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |