Sesi Perbincangan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama YB Menteri
5 September 2023 - Sesi Perbincangan Cadangan Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah berlangsung di Pusat Timbangtara Antarabangsa (AIAC), Kuala Lumpur.
Sesi perbincangan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Hasbi binti Hassan, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, YBhg. Dato, Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Bahagin Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatn Perdana Menteri dan YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.