A- A A+

Lawatan Kerja ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah

12 Disember 2023 - YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah. Turut hadir bersama adalah Tuan Za’im bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah). Lawatan kerja ini telah disambut baik oleh Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah bersama warga kerja Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah.

YBhg. Dato’ Ketua Pengarah mengingatkan warga kerja Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kedah agar memupuk rasa untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi mendapatkan akses kepada keadilan dan meningkatkan lagi tahap perkhidmatan bantuan guaman. 
410394332 774451611395116 1147638614949807207 n 410347469 774451668061777 6735806612049529061 n
   
 409393580 774451768061767 6993610640439616050 n