A- A A+

Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana Bagi Skim Bantuan Syarie Antara Jabatan Bantuan Guaman dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

13 Disember 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Penyaluran Dana bagi Skim Bantuan Syarie Antara Jabatan Bantuan Guaman dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Tuan Za’im bin Md Yudin, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Tuan Mohd Zaki bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Kedah, Puan Rosedalliyati binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat Syariah, Puan Siti Salwa binti Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Bahagian Pengantaraan (Syariah) dan delegasi pegawai.
Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa, selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Lembaga Zakat Negeri Kedah. Jabatan Bantuan Guaman merupakan rakan strategik LZNK dalam pengagihan zakat. Sepanjang tempoh 3 tahun, LZNK telah mengagihkan zakat melalui Jabatan Bantuan Guaman bagi menampung kos perkhidmatan dan operasi bagi pengendalian kes-kes guaman syarie kepada asnaf LZNK yang berkelayakan seperti kes tuntutan fasakh, cerai taklik, hak penjagaan anak dan sebagainya. Diharapkan koloborasi ini mampu memperkukuhkan kerjasama strategik di antara kedua-dua jabatan dan memberi sinar kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada keadilan.

409387312 774469598059984 2931383221367755869 n 409426758 774469638059980 6307110539348324651 n
 409634674 774469661393311 6119554799962742439 n 409677746 774469674726643 4667857712156458148 n
 410352958 774469668059977 2510665665279754213 n