A- A A+

Perbincangan program Literasi Undang-Undang (JBG) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

20 Mac 2024 (Rabu) - Mesyuarat dan perbincangan bagi membincangkan program Literasi Undang-Undang (JBG) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JBG. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Ketua Pengarah JBG, Dato' Norazmi bin Mohd Narawi dengan kehadiran wakil-wakil (NGO) yang hadir pada hari ini. Perbincangan pada hari ini di adakan bagi mendapat input dari pihak (NGO) bagi forum yang akan diadakan berkaitan "Tipudaya Cyber". Melalui perbincangan ini, JBG akan mengambil tindakan proaktif bagi mengurangkan risiko tipu daya siber dan mengelak lebih ramai lagi masyarakat yang menjadi mangsa scammer melalui berbagai kaedah antaranya program literasi dan forum yang akan dirancang pada tahun ini. Semoga program "Smart Partnership" antara JBG dengan NGO dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Jenayah Siber.

432664671 838373381669605 5890747723137994686 n 432749998 838373395002937 6323918069225667519 n
432053216 838373348336275 8076890471523947996 n