jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program Jelajah Kehakiman Johor 2025 di Angsana Johor Bahru Mall

21 Jun 2025, program 'Jelajah Kehakiman' ini telah diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, ianya bertujuan untuk khidmat penyampaian kepada bangsa Johor serta segenap lapisan masyarakat yang mana pada hari pertama program ini berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall, telah menyaksikan penyertaan 10 agensi-agensi yang membuka reruai masing-masing untuk mempamerkan informasi berkaitan bidang tugas dan perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.
Selain dari itu, pada hari pertama itu juga, upacara perasmian oleh YBhg.Datuk Zamri bin Haji Bakar,Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia , Puan Rihaida Binti Rafie, Pengarah Mahkamah Negeri selaku tuan rumah telah berlangsung dengan meriah yang mana Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, YBhg. Dato Norazmi bin Mohd Narawi turut dijemput menjadi salah seorang dif kehormat mewakili Jabatan Bantuan Guaman Malaysia.
Kemeriahan program di waktu siang yang jelas terpancar melalui aktiviti menarik dari setiap jabatan turut diserikan dengan acara Majlis Makan Malam yang berlangsung di Hotel Thistle pada sebelah malam yang dihadiri oleh tetamu kehormat utama iaitu Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat. Majlis Makan Malam bertemakan 'Pesona Jauhar' adalah merupakan satu apresiasi kepada setiap pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang bertungkus lumus menjayakan program 'Jelajah Kehakiman Johor 2025' ini.
Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor yang diketuai oleh Pengarah, Puan Aidatul Azura binti Zainal Abidin bersama dengan seluruh pegawai dan kakitangan begitu berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato Ketua Pengarah atas sokongan padu yang diberikan terhadap aktiviti Klinik Guaman JBG Negeri Johor yang dibuka melalui satu reruai di dalam bangunan Angsana dan juga melalui sebuah van bergerak (JOW) yang ditempatkan di laman hadapan pusat membeli belah tersebut.
Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya menarik minat ramai pengunjung untuk mengenali JBG Negeri Johor secara dekat. Sekalung penghargaan juga turut diberikan kepada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang sudi menjadikan JBG Negeri Johor sebagai 'rakan strategik' di dalam program ini.
Mudah-mudahan program bermanfaat sebegini akan mendapat restu dan rahmat dari Tuhan Yang Maha Esa dan matlamat murni iaitu 'akses kepada keadilan' benar-benar mencapai tujuannya kepada rakyat.
 
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n