
Program Cakna Undang-Undang Dalam Kalangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu
Kuala Terengganu, 20 Julai 2025 (Ahad) – Seramai 600 pelajar dan tenaga pengajar MRSM Kuala Terengganu telah menyertai Program Cakna Undang-Undang Dalam Kalangan Pelajar yang berlangsung dengan jayanya hari ini. Program ini merupakan inisiatif memperkasakan kesedaran undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah menengah, khususnya berkaitan isu buli dan gangguan seksual. Ceramah utama telah disampaikan oleh Pn Nur Amalina Najwa binti Mohd Ali, Penolong Pengarah Sivil, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Terengganu, yang menyentuh isu-isu perundangan yang sering melibatkan remaja serta langkah-langkah perlindungan yang disediakan oleh undang-undang negara. Program ini turut diserikan dengan Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Wakil Pelajar bagi Sesi 2025/2026 dan Perasmian Minggu Anti Buli MRSM Se-Malaysia, menandakan komitmen pihak sekolah dalam menangani gejala buli secara menyeluruh dan berstruktur. Selain ceramah, peserta turut berpeluang mengunjungi booth pameran oleh JBG Terengganu, yang memaparkan informasi berkaitan hak asasi, perlindungan kanak-kanak dan saluran-saluran bantuan guaman. Pihak sekolah menyambut baik penganjuran program ini dan menzahirkan harapan agar usaha seperti ini dapat memperluas pemahaman pelajar terhadap sistem perundangan negara, seterusnya membentuk generasi yang lebih beretika, berani bersuara dan peka terhadap hak serta tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |