
JBG Pahang Perkasa Kesedaran Pelajar Tentang Jenayah Kanak-Kanak di SMK Methodist Kuantan
30 Julai 2025 (Rabu) | Kuantan – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Pahang telah melangkah ke hadapan dalam memperkasa kesedaran pelajar berkaitan isu jenayah melibatkan kanak-kanak apabila dijemput sebagai penceramah dalam Program Kokurikulum Sekolah anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Kuantan. Program yang berlangsung di Dewan SMK Methodist itu menampilkan ceramah bertajuk "Jenayah Kanak-kanak: Gangguan Seksual dan Buli" serta Taklimat Khidmat Pendamping Guaman JBG yang disampaikan oleh Pengarah JBG Negeri Pahang, Puan Zulfazliah binti Mahmud. Turut hadir memberikan sokongan ialah Puan Hasni Adura binti Abd Jabar, Pegawai Pengantara Kanan JBG Negeri Pahang, yang turut berkongsi maklumat penting berhubung peranan pendamping guaman dalam membantu golongan rentan, khususnya kanak-kanak dan remaja yang berdepan isu perundangan. Pihak JBG Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Methodist Kuantan atas jemputan serta kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program berkenaan. Usaha seperti ini dilihat amat penting dalam mendidik generasi muda agar lebih cakna terhadap hak mereka serta risiko jenayah yang boleh menimpa tanpa disedari. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |