jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Sesi Kunjungan Hormat Jabatan Bantuan Guaman ke JAKESS

SHAH ALAM, 8 Ogos 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah JBG.

Turut hadir, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Puan Rosedalliyaty binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi dan Nasihat Syariah JBG, serta Puan Anisah Normah binti Muhammad Nor, Pengarah JBG Selangor (JBGS). Kehadiran turut disertai pegawai-pegawai syariah JBGS iaitu Tuan Haji Muhammad Hisyam bin Zakaria, Tuan Muhamad Aslam bin Ahmad, Puan Aiman binti Ruslan serta Pembantu Syariah, Puan Nur Ifzan binti Ibrahim.

Sesi pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak membincangkan hala tuju jabatan masing-masing serta bertukar pandangan dalam memastikan isu-isu yang dibangkitkan dapat ditangani dengan sebaiknya.

Cadangan, persefahaman dan bentuk kerjasama yang dibincangkan turut disambut baik oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, yang berharap kerjasama erat antara JBG dan JAKESS dapat direalisasikan.

Sebagai tanda sokongan, pihak JAKESS juga telah bersetuju menyediakan bilik khas dan tempat letak kereta khusus untuk kegunaan peguam syarie JBGS. JBG merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta kerjasama yang diberikan oleh pihak JAKESS.

 

529848297 1213122867527986 3203970905665735957 n