jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

Program Jelajah Klinik Guaman Bergerak: Justice on Wheels & Santuni Asnaf 2025

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2025 (Jumaat) – Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBG WPKL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Jelajah Klinik Guaman Bergerak: Justice on Wheels (JOW) & Santuni Asnaf 2025 di Masjid Al-Amru Ibni Al’As, Sentul.

Program turun padang ini bertujuan memberi kesedaran tentang hak-hak perundangan, memperkukuh jaringan sokongan sosial, serta menyalurkan bantuan secara menyeluruh kepada golongan memerlukan. Seramai 50 orang asnaf telah menerima sumbangan menerusi program tersebut.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nassir bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman Malaysia. Turut hadir, Ustazah Nurul Ameerah binti Sokeri, Penolong Pengarah Kanan (Cawangan JAWI Food Bank); Ustaz Helmi bin Mohd Saad, Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP); serta Tuan Haji Abd Kadir bin Abd Karim, Pengerusi Masjid Al-Amru Ibni Al-As.

Program ini melibatkan 17 orang pegawai dan kakitangan JBG WPKL yang diketuai oleh Puan Sazlinidayu binti Kamarul Baharin, Pengarah JBG WPKL. Antara pengisian utama ialah slot literasi undang-undang bertajuk “Pengenalan: Fungsi dan Bantuan Guaman” yang disampaikan oleh Tuan Muhammad Mustaqim bin Darus, Pegawai Syariah JBG WPKL, bagi memberi pendedahan mengenai peranan serta perkhidmatan JBG.

Selain itu, JBG WPKL turut menyediakan khidmat nasihat guaman percuma dan membuka reruai pameran meliputi kes kekeluargaan sivil dan syariah, kes sivil, kes jenayah serta khidmat pendamping guaman. Penyampaian bakul makanan daripada pihak JAWI kepada para asnaf turut berlangsung sejurus selepas ucapan perasmian.

JBG WPKL merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan secara berterusan dalam meningkatkan kesedaran undang-undang dalam kalangan masyarakat serta menyampaikan mesej bahawa akses kepada keadilan adalah hak semua, selaras dengan cogan kata JBG: “Yang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni.”

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n