jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

JBG WPKL Adakan Kunjungan Hormat ke Atas YB Menteri Parlimen Titiwangsa

Ahad, 17 Ogos 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pengarah, Puan Sazlinidayu Binti Kamarul Baharin, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Menteri, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani di Pejabat Parlimen Titiwangsa. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Tuan Zakaria Bin Jamil (Pegawai Syariah), Puan Dzuraida Binti Zakaria (Penolong Pegawai Undang-Undang) serta Encik Abdullah Bin Mat Abu Suaud (Penolong Pegawai Syariah).

Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program JBG di kawasan Parlimen Titiwangsa, yang bertujuan menyediakan khidmat nasihat perundangan, meningkatkan pengetahuan undang-undang dalam kalangan masyarakat serta memperluas akses bantuan guaman khususnya kepada golongan B40.

YB Menteri menyambut baik inisiatif tersebut dan menyatakan keyakinan bahawa program yang dilaksanakan JBG bukan sahaja dapat membantu golongan kurang berkemampuan, malah turut memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat serta meningkatkan kesedaran awam mengenai perkhidmatan JBG.

JBG WPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri atas sokongan serta penerimaan positif terhadap usaha murni ini.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n