jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

JBG Negeri Kedah Jayakan Program Taklimat Hak Wanita dan Klinik Bantuan Guaman di PKD Seberang Kota

Isnin, 18 Julai 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Kedah telah dijemput oleh Pusat Komuniti Desa (PKD) Seberang Kota untuk menjayakan program taklimat berkenaan hak-hak wanita dalam perundangan serta Klinik Bantuan Guaman yang berlangsung di PKD Seberang Kota, Kuala Kedah.

Ceramah utama program ini telah disampaikan oleh Encik Yusman bin Abdul Rasjid, Pegawai Pengantaraan JBG Negeri Kedah. Beliau turut disertai oleh Cik Nur Syamimi binti Ahmad Suhaimi, Pegawai Syariah JBG Negeri Kedah, dengan sokongan daripada Puan Siti Solehah binti Md Rashid dan Encik Muhammad Nasri bin Azizan.

Program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman melibatkan pelbagai aspek termasuk kekeluargaan syariah, kes jenayah, sivil serta isu-isu perundangan lain yang berkaitan.

JBG Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam meningkatkan pengetahuan undang-undang serta akses kepada keadilan, selaras dengan slogan JBG: “Yang Jauh Didekati, Yang Sulit Disantuni.”

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n