
JBG Miri Sertai Program Wacana Khas Keluarga Islam Sarawak 2025
MIRI, 17 Ogos 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Miri telah menyertai Program Wacana Khas Keluarga Islam Sarawak 2025 bertemakan “Syariah Asas Keluarga Sejahtera” dengan membuka pameran serta kaunter perkhidmatan bagi masyarakat setempat.
Program berprestij ini dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), dan berlangsung di Dewan Suarah, Miri.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Kehadiran pelbagai agensi kerajaan mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh institusi kekeluargaan Islam khususnya di Negeri Sarawak.
Penyertaan JBG melalui pameran dan kaunter perkhidmatan bukan sahaja memperkenalkan fungsi serta peranan jabatan kepada orang ramai, malah turut membantu meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai perkhidmatan guaman yang ditawarkan, sama ada dalam bidang syariah mahupun sivil.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |