jbg ms v3

faq

hubungi

maklumbalas

peta

JBG Negeri Kedah Sertai Townhall Keselamatan & Perpaduan Negara 2025

Alor Setar, Khamis, 21 Ogos 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai Townhall Keselamatan & Perpaduan Negara Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah.

Program ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan serta masyarakat awam bagi membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dan perpaduan nasional. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Lukhman Hakim bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Dalam majlis tersebut, JBG Negeri Kedah telah menerima Sijil Rakan Strategik sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan kolaborasi strategik bersama pihak penganjur. Selain itu, JBG turut membuka reruai pameran serta menyediakan khidmat nasihat guaman yang memberi penerangan berhubung hak-hak perundangan dan akses kepada keadilan bagi masyarakat.

JBG Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah atas kepercayaan serta ruang kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n
465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n 465980382 1001473968692878 2593552383011148173 n