
Kunjungan Hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor
Johor Bahru, 22 Ogos 2025 – Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama serta merapatkan silaturahim antara kedua-dua jabatan.
Kunjungan ini diketuai oleh Pengarah JBG Negeri Johor, Puan Aidatul Azura Binti Zainal Abidin, yang disambut mesra oleh YBrs. Dato' Haji Mohd Rusdi, Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Johor. Turut hadir ialah Tuan Norfaizal bin Rahim, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kawalan; Tuan Norhisham bin Murujan, Ketua Bahagian Keselamatan dan Pasport; serta dua pegawai Jabatan Imigresen Negeri Johor yang lain.
Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan peluang kolaborasi strategik di samping memperkukuh hubungan kerja antara JBG dan Jabatan Imigresen, khususnya dalam perkara melibatkan kepentingan bersama.
JBG Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor atas sambutan mesra serta kesudian menerima kunjungan hormat ini.
![]() |
![]() |