
Konvensyen Bantuan Guaman Kanak Kanak Peringkat ASEAN 2025
DESARU, JOHOR, 7 Sept – Satu lagi sejarah penting tercipta apabila Konvensyen Bantuan Guaman Kanak-Kanak Peringkat ASEAN 2025 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dalam satu majlis gilang-gemilang di Desaru Coast Convention Center, Johor, hari ini.
Konvensyen yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2025 ini menghimpunkan wakil-wakil dari negara anggota ASEAN bagi memperkukuh komitmen serantau dalam melindungi hak kanak-kanak melalui akses kepada keadilan.
Bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, selaras dengan agenda Kepengerusian ASEAN 2025, konvensyen ini memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik, pembangunan rangka kerja kerjasama serantau, serta pengukuhan peranan bantuan guaman dalam memastikan hak kanak-kanak terus dipelihara.
Konvensyen ini turut menjadi platform penting untuk mengukuhkan pelaksanaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang telah diratifikasi oleh semua negara anggota ASEAN, sekaligus memperlihatkan komitmen berterusan rantau ini dalam menjamin akses keadilan yang adil dan saksama bagi golongan kanak-kanak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Day 1 ASEAN Convention on Legal Aid for Children |
Day 2 ASEAN Convention on Legal Aid for Children |